Who's birthday is in April 2012

Pegawai dan kakitangan yang menyambut Hari Jadi dalam bulan April 2012 adalah:


Shaarman Shah bin Musthafa (06/04/1981)
Amir Hamzah bin Yahaya (10/4/1985)
Nor Elisa Binti Rossdi (11/4/1982)
Raja Noor Aliza binti Raja Ayob Maidin (16/04/76)
Suhaida binti Mohd Nadzari (22/04/76)
Nor Aziah binti Hassan (23/04/68)
Pn. Najwa Binti Che Mat (27/04/74)


Happy Birthday...semoga berbahagia selalu, panjang umur, dan dimurahkan rezeki.....







Friday, 15 April 2011

Selamat Menyambut Hari Setiausaha
Sepanjang bulan April ini rata-rata ramai yang menyambut Hari Setiausaha. Amalan ini selalunya diraikan oleh majikan terutama majikan swasta. Teringat masa menjawat jawatan di syarikat  swasta menjadi PA selama 2 tahun sejurus tamat pengajian amat menyeronokkan dan setelah naik pangkat ke jawatan Penolong Pengurus saya sendiri ada seorang PA yang amat efficient. To be exact, I can count on her everytime I went abroad.
Setelah banyak menimba ilmu di negara orang dan dah puas deals with vvips and feel it is time to settle down and stay put, I start working as secretary again..
Berkata mengenai setiausaha sudah pasti semua orang tahu tugasnya selain ‘berdampingan’ dengan ketua (bos) mereka juga mempunyai tanggungjawab besar di dalam sesebuah tempat atau organisasi tempat mereka bekerja.
Selain menguruskan surat, menaip, menyimpan fail, membuat temu janji, rancangan dan sebagainya, mereka merupakan orang kepercayaan bos.
Apa tidaknya semua urusan syarikat yang cukup sulit serta ‘rahsia’ syarikat, mereka antara orang yang mengetahuinya.
Satu masa dahulu, kerjaya ini begitu diminati di kalangan wanita kerana ia tampak glamor dan bergaya tetapi mereka cukup profesional ketika menjalankan tugas malah melaksanakannya dengan penuh etika.
Walaupun begitu, hari ini kerjaya sebagai seorang setiausaha sudah melalui perubahan serta memerlukan pemiliknya berkelulusan tinggi bukan saja dari segi akademik tapi dari segi mentaliti.
Pada saya untuk menjadi seorang setiausaha yang profesional dan cemerlang, mereka perlu mempunyai kemahiran berkomunikasi yang baik di samping personaliti unggul di tempat kerja.
Setiausaha yang baik adalah yang tahu peranannya dan senang untuk berurusan dengan orang ramai.
Pada masa yang sama, setiausaha juga perlu ‘bercakap’ bahasa yang sama dengan bos untuk memudahkan urusan kerja.
Mereka juga harus memahami bos masing-masing agar matlamat kerja tercapai,
Jika dahulu mungkin masyarakat beranggapan bahawa kerjaya sebagai seorang setiausaha tidak ubah seperti ‘orang gaji’ di mana perlu menyiapkan minuman bos setiap pagi, (walaupun dulu setiausaha saya membuat teh tarik yang tersedap di dunia setiap pagi untuk saya) membersihkan pejabat, menguruskan segala urusan pejabat seperti mesyuarat dan sebagainya tapi hari ini pandangan tersebut tidak lagi boleh diterima pakai.
Hari ini, setiausaha merupakan aset kepada bos selain orang yang ‘berkuasa’ dalam memastikan kelancaran sesebuah syarikat.
Seorang setiausaha juga berperanan sebagai penjaga bos, pemikir, penapis, penepis, penglipur lara, pemberi serta pemulih semangat, penyimpan rahsia dan penyelamat.
Selain menjadi seorang pengingat, setiausaha juga mestilah kuat menyimpan rahsia apa lagi kalau ia rahsia pejabat dan keluarga ketua.


Seseorang setiausaha juga ada kalanya seperti rakan kongsi yang bijak dan mampu mengawal keadaan.

Pada masa sama, mereka juga perlu sentiasa proaktif, aktif serta efektif di samping dedikasi dengan kerjaya masing-masing kerana setiausaha ini juga boleh diibaratkan sebagai mata dan telinga kepada sesebuah syarikat ataupun organisasi, tempat mereka bekerja.
Setiausaha yang berkuasa dan profesional mampu muncul sebagai ‘hero’ di pejabatnya.
Dengan erti kata lain, peranan yang dimainkan oleh setiausaha bukan sahaja menaikkan imej ketua malah menjadikan syarikat atau organisasi yang diwakili cukup disegani.
Mereka (setiausaha) perlu bekerja dengan bijak dan menjaga kepentingan ketua dalam apa juga keadaan.
Justeru itu, setiausaha perlu tahu untuk membina keyakinan, kredibiliti dan kemampuan diri.
Bercakap mengenai penampilan, sama ada bertudung atau tidak, setiausaha mesti berketerampilan kemas dan bergaya.
Ini kerana dia adalah penghubung syarikat dengan pihak luar selain pengantara jabatan.
”Tidak salah untuk bergaya kerana penampilan yang baik serta berhemah tinggi akan mencerminkan sesuatu yang positif mengenai syarikat atau korporat yang diwakili.
Jadilah setiausaha yang bijaksana, berkuasa dan bergaya, barulah anda mampu cemerlang dalam profesion ini,” katanya.
Sebab itu, setiausaha juga perlu mempunyai pengetahuan setanding majikan agar pandangan dan pendapat mereka boleh diterima pakai dalam usaha memajukan syarikat secara keseluruhan.
Dengan ini saya mengucapkan selamat menyambut Hari Setiausaha kepada semua Setiausaha di Mahkamah Tinggi Ipoh. Semoga anda menjadi lebih cemerlang dan sentiasa ingat, anda adalah seseorang yang penting!..
Raja liza

1 comment:

  1. selamat menyambut hari Setiausaha kepada semua S/U di Mahkamah Tinggi Ipoh....

    Puan Rohaida

    ReplyDelete