Who's birthday is in April 2012

Pegawai dan kakitangan yang menyambut Hari Jadi dalam bulan April 2012 adalah:


Shaarman Shah bin Musthafa (06/04/1981)
Amir Hamzah bin Yahaya (10/4/1985)
Nor Elisa Binti Rossdi (11/4/1982)
Raja Noor Aliza binti Raja Ayob Maidin (16/04/76)
Suhaida binti Mohd Nadzari (22/04/76)
Nor Aziah binti Hassan (23/04/68)
Pn. Najwa Binti Che Mat (27/04/74)


Happy Birthday...semoga berbahagia selalu, panjang umur, dan dimurahkan rezeki.....







Friday, 15 April 2011

Pertandingan dan Penganugerahan 5S

Pada 14.4.2011, pejabat kami telah membuat majlis perasmian program 5S dan seterusnya membuat penilaian dalaman untuk mengenalpasti dan membuat penganugerahan bagi beberapa kategori iaitu Work Station terbaik, Best Group dan Best Place. 
Program 5S sebenarnya telah dimulakan pada 17 Februari, 2011 di pejabat ini. Setelah hampir dua bulan dijalankan, barulah kami membuat majlis perasmian. Perasmian dilakukan oleh YA Dato' Zainal Adzam bin Abd. Ghani, Hakim Mahkamah Tinggi Ipoh dan dihadiri oleh Pesuruhjaya Kehakiman yang lain. Acara bermula pada pukul 11.00 pagi, diiringi dengan bacaan doa dan ucapan perasmian oleh YA Dato' Zainal. Seterusnya   pada sepanjang hari tersebut, juri-juri telah melawat ke semua kawasan pejabat bagi membuat penilaian.  

Hasil dari penilaian juri dan persetujuan sebulat suara, pemenang berikut telah dipilih iaitu:

Best Workstation:

Elissa (Kod 29)

Best Place

Tempat pertama : Lobby utama (aras bawah) - Kumpulan Perdana
Tempat Kedua : Surau wanita (aras bawah) -Kumpulan Inspira
Tempat ketiga : Pantry (aras bawah) -Kumpulan Inspira

Kumpulan terbaik

Dimenangi oleh Kumpulan Inspira
Ketua Kumpulan: Puan Suzana

Pasti ada yang tertanya2 kenapa kumpulan Inspira menang? Jawapannya ada pada perkataan 5S itu sendiri iaitu
a. Seiri  (Sisih) -mereka telah berjaya menyisihkan semua perkara-perkara yang tidak diperlukan di ruang kerja mereka.
b. Seiton (susun) -selepas mengenalpasti barang-barang yang diperlukan, mereka telah menyusunnya dengan kemas dan teratur. Label-label dilekatkan dengan jelas dan menunjukkan tempat barang-barang diletakkan bagi memudahkan pencarian
c.Seiso (sapu) - mereka telah menyapu semua kotoran dan sampah yang ada di kawasan mereka
d.Seiketsu (seragam) -Komputer  diletakkan sebaris dengan semua ahli kumpulan yang lain. Barang-barang dipantry dan surau telah disusun dengan kemas dan cantik. Label adalah seragam. Seragam dari segi warna.
Bonus: Kesungguhan dan daya usaha semua ahli kumpulan dapat dilihat dengan jelas melalui perbezaan gambar sebelum dan selepas yang dipaparkan. Hampir kesemua kawasan yang dipertanggungjawabkan di bawah Kumpulan Inspira berubah menjadi kawasan yang sedap mata memandang selepas program 5S ini. Tahniah sekali lagi. Keep up the good work.

Kami juga berbesar hati kerana YAA Dato' Abdull Hamid sudi menyampaikan hadiah kepada semua pemenang. 
Kepada semua pemenang, saya ucapkan tahniah. Yang penting adalah untuk mengekalkan perubahan ini iaitu S yang ke-5 -Shitsuke
Shitsuke adalah : sentiasa amal. Jadikan kebersihan budaya hidup kita.

Di bawah ini adalah gambar sewaktu hari perasmian program 5S.

Ucapan Alu-aluan pembuka majlis




YA Dato Zainal memotong riben tanda merasmikan program 5S


Hakim-hakim menyaksikan Sudut 5S














Kepada kumpulan-kumpulan lain yang tidak berjaya, jangan berputus asa. Tingkatkan usaha. Jadikan kemenangan kumpulan Isnpira sebagai satu cabaran untuk kita memperbaiki apa yang kurang. Kuatkan ikatan dan hubungan antara ahli kumpulan dan pastikan setiap ahli kumpulan bekerjasama untuk menjayakan program 5S ini. Ini adalah kerana pertandingan dan penilaian 5S akan diadakan 3 kali dalam 1 tahun iaitu pada bulan April, Ogos dan Disember.  


 Di bawah ini pula adalah gambar sewaktu penyampaian hadiah-15 April, 2011 

Pemenang tempat ke-3 kategori Best Place-Pantry



Pemenang tempat Ke-2 Best Place -surau wanita


Pemenang Workstation terbaik



Ketua Kumpulan Inspira menerima hadiah kemenangan



Banyaknye hadiah...


Kawasan workstation Kumpulan Inspira


Workstation terbaik


Hamper yang dimenangi oleh Kumpulan Inspira



Kawasan kumpulan Inspira


Pemenang Best Place-Kumpulan Perdana


Best Place-Lobby Utama


Sudut 5S-tempat semua kumpulan memaparkan aktiviti kumpulan


Pemenang Best Place-tempat ketiga (Pantry)


Pantry


Sudut 5S-memaparkan maklumat mengenai 5S


Surau wanita-Pemenang tempat ke-2


Surau wanita


Surau wanita


Antara kakitangan yang hadir sewaktu majlis penyampaian hadiah

No comments:

Post a Comment