Pada Hari Selasa, jam 12.30 tengahari, satu majlis perpisahan bagi dua kakitangan kami telah diadakan, bertempat di Bilik Gerakan. Ia dihadiri oleh semua pegawai dan kakitangan bagi memberi penghormatan kepada dua kakitangan yang telah bersara iaitu Puan Hajah Mazalifah (Ketua Kerani) dan Puan Wong (Jurubahasa). Di bawah ini dilampirkan beberapa gambar yang diambil sewaktu majlis tersebut. Kepada Puan Hajah Mazalifah dan Puan Wong, kami di sini mendoakan supaya anda berdua semakin gembira dengan kehidupan selepas bersara ini. Semoga anda berdua sihat sentiasa, dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki selalu. Ingat-ingatkan kami di sini dan datanglah berziarah jika ada kelapangan.
Menu special---Puan Melati suka ni
Senyummmm...
Sumbangan dari semua warga pejabat untuk Puan Hajah Mazalifah
Juga untuk Puan Wong
MC hari ini.....
Antara staff yang sedang menunggu untuk makan....
Sembang apa tu.....nak join???
Amboi Puan Melati...jeling apa tu....
No comments:
Post a Comment