Who's birthday is in April 2012

Pegawai dan kakitangan yang menyambut Hari Jadi dalam bulan April 2012 adalah:


Shaarman Shah bin Musthafa (06/04/1981)
Amir Hamzah bin Yahaya (10/4/1985)
Nor Elisa Binti Rossdi (11/4/1982)
Raja Noor Aliza binti Raja Ayob Maidin (16/04/76)
Suhaida binti Mohd Nadzari (22/04/76)
Nor Aziah binti Hassan (23/04/68)
Pn. Najwa Binti Che Mat (27/04/74)


Happy Birthday...semoga berbahagia selalu, panjang umur, dan dimurahkan rezeki.....







Tuesday, 12 April 2011

Pemandu Wanita

Tak semua wanita pandu berbahaya


SELALUNYA kes kemalangan jalan raya banyak melibatkan golongan lelaki. Namun kenyataan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin memberi gambaran sebaliknya apabila beliau menyifatkan bahawa gaya pemanduan wanita berbahaya.
Kenyataan yang diluahkan di Parlimen itu mengundang kemarahan dan rasa tidak puas hati di kalangan pemandu wanita. Pelbagai reaksi juga diterima berhubung isu ini.
MEMANG tidak dinafikan terdapat segelintir wanita yang memandu secara tidak berhemah dan berbahaya di jalan raya.
Kebanyakan mereka terlalu berhati-hati dan memandu dengan perlahan sehingga mendatangkan kesusahan kepada pemandu lain.
Ada sebahagian wanita juga tidak fokus ketika memandu kerana ada banyak perkara yang difikirkan.


– NAJWA RAWI, 25, Pelajar
TERDAPAT sebahagian daripada golongan wanita yang kurang faham cara pemanduan berhemat. Di samping itu, sebahagian daripada mereka juga kurang yakin ketika memandu di jalan raya.
Bukan semua pemandu wanita memandu secara berbahaya kerana berdasarkan statistik kes kemalangan banyak melibatkan lelaki.
Jadi saya rasa tabiat pemanduan ini bergantung kepada sikap individu bukan merujuk pada jantina kerana kalau nak dikirakan ramai lelaki memandu laju yang membahayakan pengguna jalan raya lain.

– SITI ZANARIAH ZAILANI, 25, Sukarelawan
KEBANYAKAN wanita memandu kereta terlalu berhati-hati sehingga mendatangkan kesusahan kepada pemandu lain.
Ada sebahagiannya pula tidak mengikut peraturan dan memotong kenderaan lain tanpa memberi isyarat.
Memang tidak boleh dinafikan dari segi pemanduan lelaki lebih cekap dan peka dengan keadaan sekeliling. Tapi kadang kala mereka menyalahgunakan kecekapan itu dengan memandu terlalu laju sehingga membahayakan pengguna jalan raya lain.

– MOHD. AMALUDIN MOHD. JUPERI, 23, Pelajar
KADANG-kadang sebahagian wanita suka menunjuk-nunjuk ketika memandu. Andaian bahawa mereka juga mampu memandu seperti lelaki menyebabkan cara pemanduan mereka agak berbahaya.
Terdapat sebahagian daripada mereka terlalu mengikut perasaan ketika memandu di samping mengabaikan peraturan-peraturan di atas jalan raya.
Selain itu, memandangkan ramai wanita berkerjaya hari ini memerlukan mereka mengejar masa untuk ke sesuatu tempat mendorong mereka membawa kenderaan secara tidak berhemah.

* Ada sapa-sapa nak komen?????

No comments:

Post a Comment