Tempat untuk memaparkan segala aktiviti yang dilakukan di pejabat kami dan berkongsi pendapat/pandangan atau apa sahaja isu yang tidak menyentuhi sensitiviti kaum/agama/fahaman politik. Tujuan utama adalah untuk mengeratkan ikatan silaturrahim di kalangan pegawai dan kakitangan dan menjadikan blog ini sebagai sebuah tempat untuk menyimpan segala kenangan yang terpahat di sini.
Who's birthday is in April 2012
Pegawai dan kakitangan yang menyambut Hari Jadi dalam bulan April 2012 adalah:
Shaarman Shah bin Musthafa (06/04/1981)
Amir Hamzah bin Yahaya (10/4/1985)
Nor Elisa Binti Rossdi (11/4/1982)
Raja Noor Aliza binti Raja Ayob Maidin (16/04/76)
Suhaida binti Mohd Nadzari (22/04/76)
Nor Aziah binti Hassan (23/04/68)
Pn. Najwa Binti Che Mat (27/04/74)
Happy Birthday...semoga berbahagia selalu, panjang umur, dan dimurahkan rezeki.....
Shaarman Shah bin Musthafa (06/04/1981)
Amir Hamzah bin Yahaya (10/4/1985)
Nor Elisa Binti Rossdi (11/4/1982)
Raja Noor Aliza binti Raja Ayob Maidin (16/04/76)
Suhaida binti Mohd Nadzari (22/04/76)
Nor Aziah binti Hassan (23/04/68)
Pn. Najwa Binti Che Mat (27/04/74)
Happy Birthday...semoga berbahagia selalu, panjang umur, dan dimurahkan rezeki.....
Wednesday, 20 April 2011
PUTRAJAYA 22 Mac - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, para penjawat awam perlu berani menilai dan mengkaji semula amalan-amalan masa kini bagi meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan.
Perdana Menteri mengingatkan bahawa mereka perlu mengakui masih ada penambahbaikan yang perlu dilakukan terhadap sistem berkenaan.
Beliau berkata, ini termasuk melihat kembali sistem dan prosedur kerja sedia ada, undang-undang dan peraturan yang diguna pakai, peralatan dan kelengkapan yang digunakan serta tahap kemahiran anggota organisasi yang melaksanakan tugas.
''Yang penting, kita perlu berani berubah sebelum perubahan menenggelamkan kita serta kita perlu sentiasa relevan dan peka dengan kehendak pelanggan.
''Kita perlu sentiasa memperbaharui ilmu dan menerajui arus perkembangan agar dapat sentiasa memberikan perkhidmatan yang tepat, cepat dan terbaik," katanya.
Beliau berucap pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Jabatan Perdana Menteri (JPM) 2010 di sini malam ini.
Turut hadir Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan.
Pada majlis sama, beliau turut melancarkan Tabung Kemanusiaan Bencana Alam Jepun JPM.
Najib memberitahu, sebagai nadi penggerak dan teras utama jentera pentadbiran Kerajaan Persekutuan, JPM menzahirkan kejayaan dalam melaksanakan usaha inovasi dan penambahbaikan sistem penyampaian perkhidmatan.
''Dalam menjayakan gagasan besar negara, semua tindakan pelaksanaan kita hendaklah berpaksikan kepada membuat sesuatu yang berbeza daripada kebiasaan dan mencari penyelesaian kreatif dalam mencapai matlamat akhir pembangunan negara," katanya.
RASUAH DAN KAKITANGAN AWAM
15 April 2011
CUEPACS ON CORRUPTION: CIVIL SERVANTS NEED TO BUCK UP
Malay Mail
Ee Ann Nee
Ee Ann Nee
Thursday, April 14th, 2011 13:35:00
PETALING JAYA: Civil servants need to re-assess their roles to remedy the tarnished image which the public has on government officers’ involvement in corrupt practices.
In giving this advice, Congress of Unions of Employees in the Public and Civil Services (Cuepacs) president Datuk Omar Osman told The Malay Mail it was not the lack of supervision at government agencies but rather a more underlying need for civil servants to review their job function in order to achieve a graft-free work environment.
Citing an example, he said an officer with the same department for 10 to 15 years was more likely to be involved in bribery as the officer would have attained much power during the long tenure.
“As government employees, we sign the civil service agreement to uphold the civil service pledge. Officers should not, for monetary gains, sacrifice their image and respect for oneself. They should not let illegal gains get in the way of their duties and let go of the offenders. There should be no compromise,” said Omar.
On allegations of widespread graft, he also said one cannot solely push the blame to civil servants.
“When carrying out their duties, officers do encounter risks and are sometimes threatened. With no one paying attention to them, sometimes they are afraid as they don’t have insurance and protection, especially when coming across thugs. Feeling defeated, they sometimes do not dare to report the incident,” said Omar.
He also said civil servants should not collaborate with bribe-givers but report them to the authorities or to the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC).
He said Cuepacs supports MACC at eradicating corruption, and called on civil servants to be the "eyes and ears" to MACC in reporting bribes offered.
“To curb corruption is not easy but if every civil servant re-looked their roles and objectives, we can certainly bring the level of corruption down.”
Omar said civil servants needed to work together across all levels and have proper discussions and debate to instill responsibility.
He also said the rules and systems at government agencies should be reevaluated, with tighter security and stricter procedures when dealing with people entering and leaving government premises and at places where contacts can be made.
“Not all civil servants are involved in graft and the public should not group those who are not involved with those who are corrupt. Those involved in receiving bribes are just a handful, but it affects the image of the civil service in general. However, civil servants should not take this as a hindrance but work on improving and correcting the situation.”
Renung-renungkan...
Tuntutan ibadah dan tanggungjawab bekerja
Wacana IslamTANGGAL 1 Mei yang disambut oleh golongan pekerja setiap tahun merupakan satu anugerah bagi menilai dan merancang ke arah meningkatkan daya produktiviti dan daya saing dalam persekitaran ekonomi.
Keperluan bekerja semestinya difahami dari sudut yang lebih luas iaitu dari perspektif Islam yang menjadi tunjang kepada kehidupan manusia seluruhnya. Dalam konteks ini, kesibukan dalam mengejar harta atas apa tujuan sekalipun, tidak sewajarnya kita mengetepikan agama dan segala tuntutannya sebagai asas kepada kegiatan perekonomian dan keusahawanan.
Allah s.w.t telah menjelaskan dalam surah al-Nur : 37 yang bermaksud :
Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan solat serta memberi zakat; mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan.
Tanpa mengetepikan peri pentingnya asas-asas Islam dari aspek akidah, akhlak dan pendidikan, Islam menuntut agar umatnya mempertingkatkan kegiatan ekonominya yang merupakan salah satu sendi kekuatan ummah. Apatah lagi dengan cabaran dan tuntutan semasa yang semakin hebat yang menuntut kepada kestabilan dan kekuatan ekonomi sama ada di peringkat individu, keluarga, ummah dan juga negara.
Sehubungan itu, syariat Islam mewajibkan seseorang Muslim untuk berusaha mengambil beberapa pertimbangan. Pertama, seorang Muslim harus bekerja untuk dirinya sendiri dengan mencari makan dan memenuhi keperluannya secara halal. Dengan bekerja, dia dapat menjaga maruah dirinya daripada meminta-minta dan memuliakan tangannya agar tidak selamanya berada di bawah (menerima pemberian). Oleh sebab itu, Islam mengharamkan amalan meminta-minta yang bukan didorong oleh keperluan yang mendesak.
Keduanya, seseorang sama ada lelaki atau wanita harus bekerja untuk memenuhi keperluan keluarganya, sesuai dengan kemampuan masing-masing.
Di samping itu, menurut Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi dalam bukunya Dawru al-Qiyam wa al-Akhlak fi al-Iqtisad al-Islamiy (Peranan Nilai dan Akhlak Dalam Ekonomi Islam), seseorang itu juga harus bekerja untuk masyarakat di sekeliling, andainya dia merasa tidak perlu bekerja untuk diri sendiri atau untuk keluarga kerana kekayaan yang melimpah ruah yang dimilikinya.
Inilah salah satu nilai yang menarik perhatian para ulama Islam. Justeru, mereka berpendapat bahawa jika ditinjau dari sudut pandangan ini, usaha dan bekerja untuk kepentingan duniawi merupakan kewajipan agama. Ini disebabkan manusia tidak akan dapat mendirikan ibadah kecuali dengan menyelesaikan keperluan-keperluan hidupnya terlebih dahulu.
Iman mendidik seorang mukmin untuk tidak hanya bekerja atas dorongan peribadi semata-mata, tetapi yang menjadi perhatiannya adalah bagaimana untuk meningkatkan kualiti pekerjaannya. Semua itu didasari oleh perasaan yang penuh yakin dan pasti bahawa Allah mengawasi pekerjaan kita dan Allah melihat sama ada kita berada di tengah ladang atau di dalam premis yang tertutup.
Perkataan pekerjaan itu sendiri bermaksud apa jua pekerjaan, sama ada pekerjaan yang bersifat duniawi mahupun ukhrawi. Terdapat pula dua jenis perlakuan yang menjadi asas kepada kebaikan dalam pekerjaan dan pengeluaran iaitu amanah dan ikhlas. Kedua-duanya bersatu dalam diri seorang mukmin dalam bentuk yang sempurna.
Senario yang sering berlaku adalah sekian banyak organisasi awam, syarikat dan badan-badan tertentu menghadapi masalah walaupun pada zahirnya kelihatan teguh. Kita juga biasa melihat bahawa pekerjaan yang sepatutnya dapat disiapkan dalam sehari ternyata gagal disiapkan mengikut yang dijanjikan. Punca semua ini tidak lain ialah lenyapnya nilai-nilai amanah dan keikhlasan dari dalam jiwa sebahagian manusia. Mereka tidak pernah mengharapkan keredhaan Allah dan tidak pernah memikirkan hari akhirat.
Iktibar daripada fenomena tersebut, marilah kita berbalik kepada fitrah kejadian kita sebagai makhluk pilihan Allah. Sebagai negara yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi dan dianuti oleh majoriti penduduknya, kedudukan dan penglibatan ekonomi umat Islam masih jauh ketinggalan. Bertitik tolak daripada itu, pihak kerajaan melalui agensi-agensi sokongannya perlu memfokuskan kepada beberapa aktiviti tertentu sebagai pemangkin dan penggerak untuk mengajak masyarakat pekerja beragama Islam di Malaysia untuk sama-sama memartabatkan taraf hidup umat Islam hingga mampu menerajui pelbagai sektor dan institusi selaras dengan tugas yang dipikul oleh umat Islam sebagai khalifah Allah di muka bumi.
Berpegang kepada falsafah `langkah seribu pasti bermula dengan langkah yang satu,' maka diharapkan segala usaha yang dijalankan dapat menjana kesedaran atau sebagai jalan keluar ke arah penyelesaian kepada halangan yang dihadapi bagi merangka pelan tindakan demi memastikan pegangan dan penguasaan ekonomi yang lebih mantap di kalangan umat Islam melalui penglibatan dalam sektor-sektor ekonomi yang munasabah dan menepati tuntutan Islam.
AHMAD TARMIZI ZAKARIA- Koordinator Unit Pengajian Islam dan Bahasa Arab, Kolej INPENS Yayasan Selangor.
Friday, 15 April 2011
Pertandingan dan Penganugerahan 5S
Pada 14.4.2011, pejabat kami telah membuat majlis perasmian program 5S dan seterusnya membuat penilaian dalaman untuk mengenalpasti dan membuat penganugerahan bagi beberapa kategori iaitu Work Station terbaik, Best Group dan Best Place.
Program 5S sebenarnya telah dimulakan pada 17 Februari, 2011 di pejabat ini. Setelah hampir dua bulan dijalankan, barulah kami membuat majlis perasmian. Perasmian dilakukan oleh YA Dato' Zainal Adzam bin Abd. Ghani, Hakim Mahkamah Tinggi Ipoh dan dihadiri oleh Pesuruhjaya Kehakiman yang lain. Acara bermula pada pukul 11.00 pagi, diiringi dengan bacaan doa dan ucapan perasmian oleh YA Dato' Zainal. Seterusnya pada sepanjang hari tersebut, juri-juri telah melawat ke semua kawasan pejabat bagi membuat penilaian.
Hasil dari penilaian juri dan persetujuan sebulat suara, pemenang berikut telah dipilih iaitu:
Best Workstation:
Elissa (Kod 29)
Best Place
Tempat pertama : Lobby utama (aras bawah) - Kumpulan Perdana
Tempat Kedua : Surau wanita (aras bawah) -Kumpulan Inspira
Tempat ketiga : Pantry (aras bawah) -Kumpulan Inspira
Kumpulan terbaik
Dimenangi oleh Kumpulan Inspira
Ketua Kumpulan: Puan Suzana
Pasti ada yang tertanya2 kenapa kumpulan Inspira menang? Jawapannya ada pada perkataan 5S itu sendiri iaitu
a. Seiri (Sisih) -mereka telah berjaya menyisihkan semua perkara-perkara yang tidak diperlukan di ruang kerja mereka.
b. Seiton (susun) -selepas mengenalpasti barang-barang yang diperlukan, mereka telah menyusunnya dengan kemas dan teratur. Label-label dilekatkan dengan jelas dan menunjukkan tempat barang-barang diletakkan bagi memudahkan pencarian
c.Seiso (sapu) - mereka telah menyapu semua kotoran dan sampah yang ada di kawasan mereka
d.Seiketsu (seragam) -Komputer diletakkan sebaris dengan semua ahli kumpulan yang lain. Barang-barang dipantry dan surau telah disusun dengan kemas dan cantik. Label adalah seragam. Seragam dari segi warna.
Bonus: Kesungguhan dan daya usaha semua ahli kumpulan dapat dilihat dengan jelas melalui perbezaan gambar sebelum dan selepas yang dipaparkan. Hampir kesemua kawasan yang dipertanggungjawabkan di bawah Kumpulan Inspira berubah menjadi kawasan yang sedap mata memandang selepas program 5S ini. Tahniah sekali lagi. Keep up the good work.
Kami juga berbesar hati kerana YAA Dato' Abdull Hamid sudi menyampaikan hadiah kepada semua pemenang.
Kepada semua pemenang, saya ucapkan tahniah. Yang penting adalah untuk mengekalkan perubahan ini iaitu S yang ke-5 -Shitsuke
Shitsuke adalah : sentiasa amal. Jadikan kebersihan budaya hidup kita.
Di bawah ini adalah gambar sewaktu hari perasmian program 5S.
Ucapan Alu-aluan pembuka majlis
YA Dato Zainal memotong riben tanda merasmikan program 5S
Hakim-hakim menyaksikan Sudut 5S
Kepada kumpulan-kumpulan lain yang tidak berjaya, jangan berputus asa. Tingkatkan usaha. Jadikan kemenangan kumpulan Isnpira sebagai satu cabaran untuk kita memperbaiki apa yang kurang. Kuatkan ikatan dan hubungan antara ahli kumpulan dan pastikan setiap ahli kumpulan bekerjasama untuk menjayakan program 5S ini. Ini adalah kerana pertandingan dan penilaian 5S akan diadakan 3 kali dalam 1 tahun iaitu pada bulan April, Ogos dan Disember.
Di bawah ini pula adalah gambar sewaktu penyampaian hadiah-15 April, 2011
Pemenang tempat ke-3 kategori Best Place-Pantry
Pemenang tempat Ke-2 Best Place -surau wanita
Pemenang Workstation terbaik
Ketua Kumpulan Inspira menerima hadiah kemenangan
Banyaknye hadiah...
Kawasan workstation Kumpulan Inspira
Workstation terbaik
Hamper yang dimenangi oleh Kumpulan Inspira
Kawasan kumpulan Inspira
Pemenang Best Place-Kumpulan Perdana
Best Place-Lobby Utama
Sudut 5S-tempat semua kumpulan memaparkan aktiviti kumpulan
Pemenang Best Place-tempat ketiga (Pantry)
Pantry
Sudut 5S-memaparkan maklumat mengenai 5S
Surau wanita-Pemenang tempat ke-2
Surau wanita
Surau wanita
Antara kakitangan yang hadir sewaktu majlis penyampaian hadiah
Assalammualaikum dan salam sejahtera..
Mengucapkan kata-kata manis dan ucapan selamat akan menceriakan seseorang di dunia ini terutama di hari lahir mereka. Jadi, di sini saya list down kan semua tarikh lahir bagi Pegawai dan Kakitangan Mahkamah Tinggi Ipoh. Mari lah kita sama-sama menceriakan suasanan hari lahir Pegawai dan Kakitangan Mahkamah Tinggi Ipoh walau pun sekadar ucapan : SELAMAT HARI LAHIR, SEMOGA PANJANG UMUR DAN MURAH REZEKI SERTA DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN…(Raja Liza) : J
January | |
Che` Tom binti Che` Rus | 1/1/1957 |
Jayanthi a/p Subramaniam | 8/1/1970 |
Tn Helmi bin Ghani | 12/1/1973 |
Kayalvilli a/p Magentaran | 17/01/86 |
February | |
Hajah Dahniar binti Hashim | 24/02/62 |
March | |
Joseph A/L Narayana | 3/3/1957 |
Ahmad Saifuddin bin Mohamad | 15/03/61 |
Salfaeezah binti Abdul Salam | 22/03/84 |
Hamzan bin Mahyudin | 23/03/68 |
Sarina binti Baharudin | 25/03/74 |
April | |
Shaarman Shah bin Musthafa | 06/04/1981 |
Amir Hamzah bin Yahaya | 10/4/1985 |
Nor Elisa Binti Rossdi | 11/4/1982 |
Pn Noor Fadzila Binti Ishak | 14/04/82 |
Raja Noor Aliza binti Raja Ayob Maidin | 16/04/76 |
Hajah Zaiton binti Mat Taib | 18/04/54 |
Suhaida binti Mohd Nadzari | 22/04/76 |
Nor Aziah binti Hassan | 23/04/68 |
Pn. Najwa Binti Che Mat | 27/04/74 |
May | |
Yong Yoke Thye | 1/5/1959 |
Lachimy a/p Krishnan | 6/5/1960 |
Abdul Latib bin Talib | 6/5/1957 |
Kamarul Nizam bin Hashim | 6/5/1979 |
Kasewani @ Kesavan a/l Subramaniam | 14/05/56 |
Razali Bin Mat | 21/05/59 |
Mohamad Razmie bin Mohd Yatim | 23/05/72 |
Zarina Bt Mohd Yazid | 23/05/86 |
Kalai Atikah binti Abdullah | 29/05/69 |
Tang Yee Chin | 29/05/53 |
Ng Xin Yee | 30/05/89 |
June | |
Sarah Binti Kamaruddin | 1/6/1988 |
Jaswinder Kaur A/P Bishan Singh | 9/6/1979 |
Umarani a/p Ramaiah | 9/6/1958 |
Pn. Siti Hafiza Binti Jaafar | 14/06/84 |
Pn Rohaida Binti Ishak | 15/06/74 |
Rohani binti Sharif | 23/06/65 |
July | |
Mohad Zahri bin Abdul Karim | 3/7/1958 |
Norhizah binti Jamaludin | 5/7/1985 |
Zeiferi Idzlin bin Mohamad Yusof | 10/7/1970 |
Pn. Nur Melati Diana binti Abd Wahab | 21/07/85 |
August | |
Sharifah Khaidijah Binti Syed Arifin | 19/08/60 |
September | |
Zahanim binti Hj Saad | 3/9/1967 |
Rizal Izwan bin Abd Razak | 18/09/80 |
Megala a/p Karuppiah | 23/09/66 |
Rosli Afandi bin Mohamad Zam | 29/09/79 |
October | |
Suzana binti Mokhtar | 1/10/1980 |
Saarani bin Zahari | 10/10/1962 |
Farah Wahida binti Mohd Rashid | 26/10/85 |
Tengku Azizah binti Tengku Aladdin | 27/10/58 |
Jamilah binti Abas | 30/10/53 |
Nazri bin Ahmad | 30/10/62 |
November | |
Mohd Salim bin Che` Ni | 2/11/1961 |
P.Thelegeswary | 5/11/1965 |
Rakiah binti Mat | 7/11/1956 |
Mohd Faizal Bin Zakaria | 9/11/1984 |
Zainal bin Derani | 15/11/79 |
Noor Azizah binti Abd Razak | 17/11/72 |
Nurezzah Binti Maulud-din | 18/11/88 |
Ismail bin Zakaria | 23/11/84 |
Norhamimwahida binti Abdul Wahab | 25/11/83 |
Noor Ahmad Affandi bin Mohamed | 27/11/58 |
December | |
Nazri Bin Husin | 12/12/1967 |
Amirthammal a/p Munusamy | 14/12/60 |
Dhevi a/p Arjunan | 17/12/70 |
Abdul Fatah bin Zainal Abidin | 19/12/54 |
Wan Shamsuri bin Wan Hashim | 21/12/71 |
Abdul Karim bin Ismail | 22/12/55 |
Subscribe to:
Posts (Atom)