Oleh kerana saya berkemungkinan besar tidak dapat hadir di taklimat yang akan di adakan di Mahkamah Syariah pada 17 Disember ini, maka saya pun mengambil inisiatif untukmendengar taklimat yang telah diberi oleh Dato' Hj. Omar Hj. Osman, Presiden Cuepacs (please google the lecture and watch the recorded lecture, if you want), dan rumusan yang saya dapat adalah : (please correct me if I am wrong):
1. Hayat Umur
Yang membuat opsyen 60 tahun mestilah memastikan anda masih mempunyai pendengaran yang baik,
mata yang masih tajam (sharp), pemikiran yang kreatif, daya tahan yang kuat (stay fit), keterampilan yang baik (smart), tidak terlalu stress.
*jadi kita sendiri tak tahu samada ada kita mempunyai kriteria begitu di usia 60 tahun.
* walau bagaimana pun, jika sudah tandatangan opsyen 60 tahun tetapi hendak bersara pada usia 56 tahun atau 58 tahun adalah tidak menjadi kesalahan dan pembayaran pencen akan dibayar mengikut tahun bersara itu (maknanya bukanlah kalau tandatangan opsyen 60 tahun tapi bersara di usia 56 tahun pembayaran pencen dibayar pada masa anda 60 tahun; pembayarannya akan dibayar pada tahun persaraan).
* jadi pada saya tidak rugi untuk menandatangani opsyen 60 tahun ini.
2. PROSPEK
Sistem yang menggantikan pemansuhan PTK. Telah dikaji oleh pelbagai pihak bahawa PTK banyak masalah. Terjadi calon menghadiri banyak kursus dan menghadiri banyak peperiksaan tetapi tidak dapat meningkatkan produktiviti atau gred masing-masing.
Prospek dapat menentukan kompentensi dengan lebih adil. Gred Lantikan dan Gred Kenaikan Pangkat di nilai berlainan.
Gred Lantikan : (bagi penjawat yang berkhidmat 5 tahun kebawah) : akan menghadiri kursus-kursus seperti kursus management, leadership dan lain-lain.
Gred Kenaikan Pangkat : Apabila sesuatu pangkat itu diwujudkan, calon dipilih berdasarkan prestasi, seniority, sumbangan kepada jabatan, sahsiah yang baik dan kelayakan yang tinggi akan menghadiri kursus kenaikan pangkat tanpa temuduga, tawaran pangkat secara terus.
Penilaian Prestasi pula (SKT) : PPP (Pegawai Penilai Pertama) anda adalah penyelia yang beri tugasan kepada anda, kerana beliau tahu samada kerja yang anda lakukan adalah memuaskan atau tidak.
Markah 70 ke atas sudah cukup untuk kenaikan pangkat (Mengikut video taklimat, Dato Hj. Omar berkata masih dalam perbincangan dengan JPA mengenai sistem permarkahan ini, akan diumumkan dalam masa terdekat)
3. Gred dan Tangga Gaji
Rombakan Gred secara menyeluruh. SBPA fokus pada gaji (kenaikan antara RM80-320). Sila rujuk http://www.jpa.gov.my/, click pada Umum dan click pada Pemindahan Gred untuk maklumat lanjut. Secara ringkas adalah seperti berikut :
Gred N5-1 (SSM - N11) 850 - 2390 kgt 80
Gred N4-1 (SSM - N17) 955 - 2780 kgt 95
Gred N4-3 (SSM - N22) 1920-3530 kgt 115
Gred N3-1 (SSM - N27) 1410-4185 kgt 145
Gred N3-4 (SSM - N36) 3035-5555 kgt 180
Itu saja maklumat yang dapat saya rumuskan dari video taklimat SBPA itu. Kalau ada kesilapan atau kekurangan adalah dari saya dan yang baik sudah tentu datang dari Allah.
Sepintas kata-kata dari saya kepada rakan sekerja :
Bersyukurlah kita tentang kenaikan gred dan gaji ini. Kalau dah naik gaji sudah tentu tugasan harian pun makin bertambah berbaloi dengan gaji yang diberi, jadi sama-samalah kita lakukan yang terbaik dan menjadi lebih proaktif dan produktif disamping sentiasa berfikiran positif. Multi-tasking adalah satu cabaran buat penjawat awam yang akan menjadi kan kita berjiwa kental dan mantap. Berdasarkan pengalaman saya di syarikat swasta dahulu, multi-tasks ini memberi saya pengalaman yang baik dan ilmu yang lebih bermanfaat. Jangan lupa jaga kesihatan kerana "if you stay fit, you can always work smart".
-Raja Liza-
Tempat untuk memaparkan segala aktiviti yang dilakukan di pejabat kami dan berkongsi pendapat/pandangan atau apa sahaja isu yang tidak menyentuhi sensitiviti kaum/agama/fahaman politik. Tujuan utama adalah untuk mengeratkan ikatan silaturrahim di kalangan pegawai dan kakitangan dan menjadikan blog ini sebagai sebuah tempat untuk menyimpan segala kenangan yang terpahat di sini.
Who's birthday is in April 2012
Pegawai dan kakitangan yang menyambut Hari Jadi dalam bulan April 2012 adalah:
Shaarman Shah bin Musthafa (06/04/1981)
Amir Hamzah bin Yahaya (10/4/1985)
Nor Elisa Binti Rossdi (11/4/1982)
Raja Noor Aliza binti Raja Ayob Maidin (16/04/76)
Suhaida binti Mohd Nadzari (22/04/76)
Nor Aziah binti Hassan (23/04/68)
Pn. Najwa Binti Che Mat (27/04/74)
Happy Birthday...semoga berbahagia selalu, panjang umur, dan dimurahkan rezeki.....

Tuesday, 13 December 2011
Rakan-Rakan Taulan,
Perkara-Perkara baru yang akan terjadi di Mahkamah Tinggi Ipoh :
1. Mesyuarat Tahunan Kelab Kebajikan
* Akan di adakan pada 16.12.2011 ini. Selamat mengundi orang-orang yang anda rasa layak menjadi pucuk pimpinan Kelab Kebajikan MTI. Jangan lupa beli sticker mulai 19hb Disember ini untuk ditampal dikenderaan masing-masing yer..
2. Taklimat Sistem Saraan Gaji Baru
* Akan di adakan pada 17.12.2011 (hari Sabtu) ini. Mengikut perbualan telefon saya dengan Mahkamah Sesyen, ia akan diadakan di Dewan Mahkamah Syariah Ipoh (mungkin akan berubah tempat, dan akan diumumkan kemudian).
-RL-

Monday, 5 December 2011
Pot Luck
Pada 2 Disember 2011, telah diadakan satu jamuan pot-luck buat Puan Rakiah pada hari terakhir beliau berkhidmat di Mahkamah Tinggi Ipoh. Terima kasih di atas sumbangan makanan yang dibawa...sedap-sedap semuanya..
Terima kasih juga kepada yang hadir yang memeriahkan lagi jamuan tersebut, kepada yang tak hadir, lain kali orang jemput datanglah..tak bawak makanan pun tak apa..jamuan sebegini adalah untuk seronok-seronok dan mengeratkan lagi siratulrahim di kalangan kita...
Semoga Puan Rakiah memanfaatkan hari persaraan, katanya nak pegi spa dan facial selalu...jangan lupa ajak kitaorang yerk...

Wednesday, 30 November 2011
Selamat Bersara
Diucapkan selamat bersara kepada Puan Rakiah dan Puan Che Tom pada akhir Disember 2011 ini. Semoga dengan persaraan ini dapat dimanfaatkan untuk diri sendiri dan keluarga tercinta..
-RL-
-RL-
Friday, 18 November 2011
Baby Shower!!
Alhamdullillah hari ini kami (Liza, Waheeda & Ina) berjaya membuat satu jamuan makan-makan "baby shower" bagi rakan-rakan yang disayangi (Pn. Najwa, Kak Zah dan Jessy). Event suka-suka ni saja dibuat untuk meraikan bakal-bakal ibu yang akan bersalin tak lama lagi dan mengeratkan silaturrahim sesama rakan sekerja...
Terima kasih kepada yang sudi hadir, yang sudi memakai baju mengikut tema yang kami beri (pink/purple). Terima kasih kak aziah kerana sumbangkan ayam golek... Seronok bila tengok everybody happy, fun and you guys are a very good sports... Seronok bila main kotak beracun, tengok kak kiah baling kemain lagi tinggi kat izzah, takut benor miker kena yerk...Puan Amalina, nasib kena chicken dance, kalau kena belly dance camna?? Ina nyanyi ntah apa-apa sebab kak pah senang je dapat jawapannyer...
Paling best bila semua orang nak tiru2 guessing ukuran perut tu...kecoh kome eh...Apa pun terima kasih sebab menceriakan keadaan..segala kekurangan adalah dari kami bertiga dan segala kelebihan sudah tentu dari Allah...
InsyaAllah, next time will be much more grand and hadiah lagi canggih-canggih..ini adalah jamuan ad-hoc, last week kami fikir nak buat tetiba je terus buat apa yang ada... Thanx to my dearest ina and eda yang follow je arahan ketua kampung (teman le tu) untuk menjayakan event ni... cayalah kome....
-Raja Liza-
Tuesday, 8 November 2011
Selamat Hari Raya Qurban
Salam semua, semoga anda semua sihat dan diberkati Allah sepanjang tahun ini.. Dah masuk bulan November, rasanya cepat betul masa berlalu.. belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Haji kepada Pegawai dan Kakitangan yang meraikannya. Semoga makna pengorbanan ini dapat dihayati oleh setiap umat Islam yang menyambutnya.
Kepada sanak saudara yang ada rezeki murah menjadi tetamu Allah di tanah suci dapat mengerjakan ibadah tersebut dengan sempurna dan dipermudahkan urusan mereka di sana...Semoga mereka semua selamat pergi dan selamat pulang ke pangkuan keluarga tercinta.

Thursday, 27 October 2011
Rakan seperjuangan,
Lama sudah meninggalkan blog ni, ni semua kerana kerja-kerja yang nak dibereskan terlebih dahulu, puas saya bertanya siapa-siapa dibawah sana yang hendak bagi input for blog tapi semua kata belum ada lagi..
Kelab sukan tahun ni tak buat apa-apa aktiviti ke untuk kakitangan? Asyik kerja jer, tak ada riadah pun tak seronok kan... apa rancangan pengerusi kelab sukan kita tahun ni yer? senyap ajer..
Apa kata kawan-kawan cadangkan apa aktiviti yang menarik nak buat bersama dibawah Kelab Sukan Mahkamah ni..what you say??

Monday, 13 June 2011
SELAMAT PENGANTIN BARU
Bulan ini iaitu bulan Jun, sewaktu cuti persekolahan, dua orang kakitangan MT Ipoh telah pun selamat diijabkabulkan dengan pasangan masing-masing. Kakitangan tersebut adalah Rizal dan Shaarman. Tahniah kepada mereka berdua, semoga perkahwinan ini akan berkekalan sehingga akhir hayat mereka.
Rizal dan pasangannya
Saya hanya ada gambar Rizal sahaja, dan sesiapa yang ada gambar majlis perkahwinan Shaarman, harap dapat letakkan di sini. Tahniah sekali lagi.
Wednesday, 18 May 2011
LAWATAN KETUA HAKIM, HAKIM DAN PEGAWAI KEHAKIMAN DARI SURATTHANI, THAILAND
Pada 16 Mei, 2011 jam 2.00 petang, kami telah berbesar hati menerima satu rombongan pegawai kehakiman dari Suratthani, Thailand. Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk mengetahui serba sedikit mengenai sistem kerja di MT Ipoh. Rombongan tersebut terdiri daripada 22 orang pegawai iaitu - 1 orang Ketua Hakim, 5 orang Hakim dan 12 orang pegawai. Kesemua tetamu telah dibawa melawat kawasan pendaftaran MT Ipoh dan diberi penerangan mengenai sistem kerja yang digunapakai di sini. Selepas jamuan petang, majlis bersurai dan rombongan pulang lebih kurang pukul 4.00 petang.
Tuesday, 10 May 2011
Untuk renungan bersama
Bernama
5/5/2011
5/5/2011
PUTRAJAYA, 4 Mei (Bernama) -- Seramai 8,196 penjawat awam tidak hadir bertugas tanpa cuti, tanpa kebenaran atau tanpa sebab munasabah sepanjang dua tahun lepas, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.
Beliau berkata secara purata bagi tempoh itu, kes ketidahadiran bertugas adalah kira-kira 40 peratus daripada kesalahan tatatertib yang dikenakan hukuman lucut hak emolumen, buang kerja, denda dan amaran.
Pada tahun lepas, jumlah kes yang direkodkan ialah 4,777 kes, iaitu 1,971 kes bagi tidak hadir bertugas (41.3 peratus) manakala kes kesalahan lain pula sebanyak 2,806 kes (58.7 peratus), katanya kepada pemberita selepas melancarkan buku terbitan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bertajuk 'Kerusi Bersawang-Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib Tidak Hadir Bertugas, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini.
Menurutnya sebanyak 3,419 kes difailkan pada 2009 yang dikategorikan dalam "Kerusi Bersawang" iaitu 1,078 kes tidak hadir bertugas dan 2,341 kes bagi kesalahan lain.
Sementara itu, Nazri berkata buku itu akan menjadi panduan umum kepada jabatan dan agensi dalam menguruskan kes-kes ketidakhadiran bertugas terutamanya dalam memutuskan hukuman yang sesuai berdasarkan bilangan hari pegawai tidak hadir bertugas.
-- BERNAMA

P/S: Diharapkan perkara ini tidak terjadi kepada pegawai dan kakitangan di sini. Bekerjalah dengan jujur dan ikhlas. Sentiasa bersyukur dengan apa yang telah dianugerahkan oleh ALLAH (s.w.t) kepada kita. Pekerjaan ini juga adalah satu anugerah kerana bukan semua orang berjaya mempunyai pekerjaan tetap seperti kita. Oleh itu, jagalah dengan baik apa yang telah ada di dalam genggaman kita. Saya teringat semasa saya menjadi salah seorang panel untuk temuduga bagi jawatan Pembantu Tadbir. Semua calon yang datang merayu agar diberikan pekerjaan ini kerana mereka mahu bekerja dengan kerajaan atas alasan ia menjamin masa depan mereka. Jadi fikir-fikirkanlah....jangan terlalu selesa dengan apa yang kita telah ada sekarang sehingga kita terlupa dan mengabaikan tanggungjawab dan amanah yang diberikan kepada kita. Sesekali marilah kita muhasabah diri, renung2kan apa yang telah kita lakukan sebelum ini...dan bertanya pada diri sendiri apakah apa yang kita telah lakukan itu adalah baik atau buruk? Jika kita telah banyak melakukan yang salah dari yang baik......rasanya ini adalah masa yang paling baik untuk berubah. Kerana jika masih ditangguh-tangguh, kita bimbang sekiranya hari ini adalah hari terakhir kita bernafas di dunia ini......renung-renungkanlah,
Bernama
8/5/2011
8/5/2011
KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri menyeru supaya golongan pekerja di negara ini sentiasa mempertingkatkan kemahiran, ilmu pengetahuan dan produktiviti kerja mereka seiring dengan matlamat kerajaan mentransformasikan negara menjadi sebuah negara ekonomi maju berpendapatan tinggi.
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata inisiatif kerajaan melalui 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) juga dijangka mewujudkan lebih 3.3 juta peluang pekerjaan menjelang tahun 2020, di mana 60 peratus daripadanya merupakan pekerjaan berpendapatan sederhana dan tinggi.
Justeru beliau berkata, warga pekerja hendaklah meningkatkan kebolehpasaran mereka dalam pasaran kerja yang semakin dinamik dan kompetitif dengan menyemaikan prinsip kreativiti dan inovasi sebagai sebahagian daripada amalan kerja mereka.
Sehubungan ini beliau berkata peluang-peluang pekerjaan yang diwujudkan juga perlu disokong dengan aktiviti penyelidikan dan pembangunan, inovasi dan latihan teknikal berkemahiran tinggi.
"Dalam usaha kerajaan untuk merealisasikan konsep pekerjaan berpendapatan tinggi, negara perlu berubah daripada aktiviti ekonomi yang bernilai tambah rendah kepada aktiviti yang bernilai tambah tinggi," katanya pada perhimpunan sambutan Hari Pekerja 2011 di sini, Sabtu.
Katanya, dalam usaha itu, kerajaan juga telah merangka program dan strategi bagi meningkatkan kapasiti tenaga kerja mahir yang kini 28 peratus kepada 33 peratus menjelang 2015 dan 50 peratus menjelang 2020.
Muhyiddin juga menekankan kepentingan melahirkan modal insan yang berpengetahuan tinggi, berkualiti dan bertaraf dunia sebagai keperluan dalam usaha Malaysia untuk meneroka sumber pertumbuhan ekonomi baru yang berasaskan teknologi tinggi seperti dalam bidang bioteknologi, nanoteknologi dan teknologi laser.
Katanya dalam konteks ini, institusi pendidikan dan latihan wajar melakukan penambahbaikan secara kreatif dan inovatif ke atas sistem penyampaian pendidikan dan latihan untuk membolehkan negara mengeluarkan lebih ramai tenaga kerja yang bukan sahaja mahir malah berdaya inovatif dan kompetitif.
"Selain daripada institusi-institusi pendidikan dan latihan, pihak majikan dan warga pekerja sendiri juga perlu memainkan peranan yang lebih aktif dalam menjayakan program pembangunan modal insan ini," katanya.
Sementara itu, timbalan perdana menteri juga berkata kerajaan amat menghargai perhubungan "tripartisma" antara pekerja, majikan dan kerajaan yang mantap dan berterusan antara pihak pekerja, majikan dan kerajaan bagi memastikan segala usaha pembangunan negara dapat berjalan dengan lancar.
Katanya, hubungan "tripartisma" yang harmoni dan saling melengkapi antara satu sama lain ini akan memberi manfaat kepada semua pihak.
Sambutan tahun ini yang bertemakan "Pekerja Merealisasikan Transformasi Negara" disertai hampir 12,000 peserta daripada 200 kontijen yang mewakili pelbagai organisasi kerajaan dan swasta.
Turut hadir Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S. Subramaniam, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan, Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Datuk Omar Osman, Timbalan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Mohd Jaafar Abdul Majid dan Presiden Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia Datuk Azman Shah Haron.

CUEPACS HARAP PELARASAN GAJI DISEGERAKAN
10 Mei 2011
Utusan Malaysia
9/5/2011
KOTA BHARU 8 Mei – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berharap kerajaan dapat mempercepatkan pelarasan gaji 1.4 juta kakitangan awam di negara ini.
9/5/2011
KOTA BHARU 8 Mei – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berharap kerajaan dapat mempercepatkan pelarasan gaji 1.4 juta kakitangan awam di negara ini.
Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, permohonan untuk pelarasan gaji itu telah dibuat dua tahun lalu bagi mengurangkan beban ahlinya ekoran kenaikan harga barang.
Beliau bagaimanapun berkata, pihaknya tidak bermaksud mendesak kerajaan untuk berbuat demikian kerana memahami kedudukan kewangan negara dan sedar ia akan turut memberikan kesan kepada pekerja swasta.
“Kita sedar kenaikan harga barang adalah di luar kawalan dan kalau gaji kakitangan awam naik, kita bimbang ada golongan akan turut menaikkan harga barang dan bagaimana pula dengan bukan kakitangan awam,” ujarnya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian Seminar Peranan Penjawat Awam Dalam Transformasi Nasional dan Bengkel Sistem Alternatif PTK oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin di sini hari ini.
Omar diminta mengulas mengenai khabar angin bahawa kakitangan awam akan menerima pelarasan gaji dalam masa terdekat.
Beliau berkata, langkah itu juga untuk mengurangkan jumlah kakitangan awam yang bekerja sambilan kerana rekod menunjukkan kira-kira 20 peratus daripada 730,000 kakitangan awam kelas sederhana melakukan kerja sambilan.
Katanya, CUEPACS tidak mahu kakitangan awam mengutamakan kerja sambilan sehingga menjejaskan produktiviti tugas hakiki mereka.
Sementara itu, beliau berkata, pihaknya dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam proses terakhir untuk menyiapkan sistem penilaian baru bagi menggantikan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK).
“Kira-kira 90 peratus sistem penilaian baru itu telah siap dan kita akan berbincang buat kali terakhir dengan JPA Selasa ini bagi melengkapkan sistem penilaian baru itu,” katanya.
Wednesday, 20 April 2011
PUTRAJAYA 22 Mac - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, para penjawat awam perlu berani menilai dan mengkaji semula amalan-amalan masa kini bagi meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan.
Perdana Menteri mengingatkan bahawa mereka perlu mengakui masih ada penambahbaikan yang perlu dilakukan terhadap sistem berkenaan.
Beliau berkata, ini termasuk melihat kembali sistem dan prosedur kerja sedia ada, undang-undang dan peraturan yang diguna pakai, peralatan dan kelengkapan yang digunakan serta tahap kemahiran anggota organisasi yang melaksanakan tugas.
''Yang penting, kita perlu berani berubah sebelum perubahan menenggelamkan kita serta kita perlu sentiasa relevan dan peka dengan kehendak pelanggan.
''Kita perlu sentiasa memperbaharui ilmu dan menerajui arus perkembangan agar dapat sentiasa memberikan perkhidmatan yang tepat, cepat dan terbaik," katanya.
Beliau berucap pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Jabatan Perdana Menteri (JPM) 2010 di sini malam ini.
Turut hadir Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan.
Pada majlis sama, beliau turut melancarkan Tabung Kemanusiaan Bencana Alam Jepun JPM.
Najib memberitahu, sebagai nadi penggerak dan teras utama jentera pentadbiran Kerajaan Persekutuan, JPM menzahirkan kejayaan dalam melaksanakan usaha inovasi dan penambahbaikan sistem penyampaian perkhidmatan.
''Dalam menjayakan gagasan besar negara, semua tindakan pelaksanaan kita hendaklah berpaksikan kepada membuat sesuatu yang berbeza daripada kebiasaan dan mencari penyelesaian kreatif dalam mencapai matlamat akhir pembangunan negara," katanya.
RASUAH DAN KAKITANGAN AWAM
15 April 2011
CUEPACS ON CORRUPTION: CIVIL SERVANTS NEED TO BUCK UP
Malay Mail
Ee Ann Nee
Ee Ann Nee
Thursday, April 14th, 2011 13:35:00
PETALING JAYA: Civil servants need to re-assess their roles to remedy the tarnished image which the public has on government officers’ involvement in corrupt practices.
In giving this advice, Congress of Unions of Employees in the Public and Civil Services (Cuepacs) president Datuk Omar Osman told The Malay Mail it was not the lack of supervision at government agencies but rather a more underlying need for civil servants to review their job function in order to achieve a graft-free work environment.
Citing an example, he said an officer with the same department for 10 to 15 years was more likely to be involved in bribery as the officer would have attained much power during the long tenure.
“As government employees, we sign the civil service agreement to uphold the civil service pledge. Officers should not, for monetary gains, sacrifice their image and respect for oneself. They should not let illegal gains get in the way of their duties and let go of the offenders. There should be no compromise,” said Omar.
On allegations of widespread graft, he also said one cannot solely push the blame to civil servants.
“When carrying out their duties, officers do encounter risks and are sometimes threatened. With no one paying attention to them, sometimes they are afraid as they don’t have insurance and protection, especially when coming across thugs. Feeling defeated, they sometimes do not dare to report the incident,” said Omar.
He also said civil servants should not collaborate with bribe-givers but report them to the authorities or to the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC).
He said Cuepacs supports MACC at eradicating corruption, and called on civil servants to be the "eyes and ears" to MACC in reporting bribes offered.
“To curb corruption is not easy but if every civil servant re-looked their roles and objectives, we can certainly bring the level of corruption down.”
Omar said civil servants needed to work together across all levels and have proper discussions and debate to instill responsibility.
He also said the rules and systems at government agencies should be reevaluated, with tighter security and stricter procedures when dealing with people entering and leaving government premises and at places where contacts can be made.
“Not all civil servants are involved in graft and the public should not group those who are not involved with those who are corrupt. Those involved in receiving bribes are just a handful, but it affects the image of the civil service in general. However, civil servants should not take this as a hindrance but work on improving and correcting the situation.”
Renung-renungkan...
Tuntutan ibadah dan tanggungjawab bekerja
Wacana IslamTANGGAL 1 Mei yang disambut oleh golongan pekerja setiap tahun merupakan satu anugerah bagi menilai dan merancang ke arah meningkatkan daya produktiviti dan daya saing dalam persekitaran ekonomi.
Keperluan bekerja semestinya difahami dari sudut yang lebih luas iaitu dari perspektif Islam yang menjadi tunjang kepada kehidupan manusia seluruhnya. Dalam konteks ini, kesibukan dalam mengejar harta atas apa tujuan sekalipun, tidak sewajarnya kita mengetepikan agama dan segala tuntutannya sebagai asas kepada kegiatan perekonomian dan keusahawanan.
Allah s.w.t telah menjelaskan dalam surah al-Nur : 37 yang bermaksud :
Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan solat serta memberi zakat; mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan.
Tanpa mengetepikan peri pentingnya asas-asas Islam dari aspek akidah, akhlak dan pendidikan, Islam menuntut agar umatnya mempertingkatkan kegiatan ekonominya yang merupakan salah satu sendi kekuatan ummah. Apatah lagi dengan cabaran dan tuntutan semasa yang semakin hebat yang menuntut kepada kestabilan dan kekuatan ekonomi sama ada di peringkat individu, keluarga, ummah dan juga negara.
Sehubungan itu, syariat Islam mewajibkan seseorang Muslim untuk berusaha mengambil beberapa pertimbangan. Pertama, seorang Muslim harus bekerja untuk dirinya sendiri dengan mencari makan dan memenuhi keperluannya secara halal. Dengan bekerja, dia dapat menjaga maruah dirinya daripada meminta-minta dan memuliakan tangannya agar tidak selamanya berada di bawah (menerima pemberian). Oleh sebab itu, Islam mengharamkan amalan meminta-minta yang bukan didorong oleh keperluan yang mendesak.
Keduanya, seseorang sama ada lelaki atau wanita harus bekerja untuk memenuhi keperluan keluarganya, sesuai dengan kemampuan masing-masing.
Di samping itu, menurut Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi dalam bukunya Dawru al-Qiyam wa al-Akhlak fi al-Iqtisad al-Islamiy (Peranan Nilai dan Akhlak Dalam Ekonomi Islam), seseorang itu juga harus bekerja untuk masyarakat di sekeliling, andainya dia merasa tidak perlu bekerja untuk diri sendiri atau untuk keluarga kerana kekayaan yang melimpah ruah yang dimilikinya.
Inilah salah satu nilai yang menarik perhatian para ulama Islam. Justeru, mereka berpendapat bahawa jika ditinjau dari sudut pandangan ini, usaha dan bekerja untuk kepentingan duniawi merupakan kewajipan agama. Ini disebabkan manusia tidak akan dapat mendirikan ibadah kecuali dengan menyelesaikan keperluan-keperluan hidupnya terlebih dahulu.
Iman mendidik seorang mukmin untuk tidak hanya bekerja atas dorongan peribadi semata-mata, tetapi yang menjadi perhatiannya adalah bagaimana untuk meningkatkan kualiti pekerjaannya. Semua itu didasari oleh perasaan yang penuh yakin dan pasti bahawa Allah mengawasi pekerjaan kita dan Allah melihat sama ada kita berada di tengah ladang atau di dalam premis yang tertutup.
Perkataan pekerjaan itu sendiri bermaksud apa jua pekerjaan, sama ada pekerjaan yang bersifat duniawi mahupun ukhrawi. Terdapat pula dua jenis perlakuan yang menjadi asas kepada kebaikan dalam pekerjaan dan pengeluaran iaitu amanah dan ikhlas. Kedua-duanya bersatu dalam diri seorang mukmin dalam bentuk yang sempurna.
Senario yang sering berlaku adalah sekian banyak organisasi awam, syarikat dan badan-badan tertentu menghadapi masalah walaupun pada zahirnya kelihatan teguh. Kita juga biasa melihat bahawa pekerjaan yang sepatutnya dapat disiapkan dalam sehari ternyata gagal disiapkan mengikut yang dijanjikan. Punca semua ini tidak lain ialah lenyapnya nilai-nilai amanah dan keikhlasan dari dalam jiwa sebahagian manusia. Mereka tidak pernah mengharapkan keredhaan Allah dan tidak pernah memikirkan hari akhirat.
Iktibar daripada fenomena tersebut, marilah kita berbalik kepada fitrah kejadian kita sebagai makhluk pilihan Allah. Sebagai negara yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi dan dianuti oleh majoriti penduduknya, kedudukan dan penglibatan ekonomi umat Islam masih jauh ketinggalan. Bertitik tolak daripada itu, pihak kerajaan melalui agensi-agensi sokongannya perlu memfokuskan kepada beberapa aktiviti tertentu sebagai pemangkin dan penggerak untuk mengajak masyarakat pekerja beragama Islam di Malaysia untuk sama-sama memartabatkan taraf hidup umat Islam hingga mampu menerajui pelbagai sektor dan institusi selaras dengan tugas yang dipikul oleh umat Islam sebagai khalifah Allah di muka bumi.
Berpegang kepada falsafah `langkah seribu pasti bermula dengan langkah yang satu,' maka diharapkan segala usaha yang dijalankan dapat menjana kesedaran atau sebagai jalan keluar ke arah penyelesaian kepada halangan yang dihadapi bagi merangka pelan tindakan demi memastikan pegangan dan penguasaan ekonomi yang lebih mantap di kalangan umat Islam melalui penglibatan dalam sektor-sektor ekonomi yang munasabah dan menepati tuntutan Islam.
AHMAD TARMIZI ZAKARIA- Koordinator Unit Pengajian Islam dan Bahasa Arab, Kolej INPENS Yayasan Selangor.
Friday, 15 April 2011
Pertandingan dan Penganugerahan 5S
Pada 14.4.2011, pejabat kami telah membuat majlis perasmian program 5S dan seterusnya membuat penilaian dalaman untuk mengenalpasti dan membuat penganugerahan bagi beberapa kategori iaitu Work Station terbaik, Best Group dan Best Place.
Program 5S sebenarnya telah dimulakan pada 17 Februari, 2011 di pejabat ini. Setelah hampir dua bulan dijalankan, barulah kami membuat majlis perasmian. Perasmian dilakukan oleh YA Dato' Zainal Adzam bin Abd. Ghani, Hakim Mahkamah Tinggi Ipoh dan dihadiri oleh Pesuruhjaya Kehakiman yang lain. Acara bermula pada pukul 11.00 pagi, diiringi dengan bacaan doa dan ucapan perasmian oleh YA Dato' Zainal. Seterusnya pada sepanjang hari tersebut, juri-juri telah melawat ke semua kawasan pejabat bagi membuat penilaian.
Hasil dari penilaian juri dan persetujuan sebulat suara, pemenang berikut telah dipilih iaitu:
Best Workstation:
Elissa (Kod 29)
Best Place
Tempat pertama : Lobby utama (aras bawah) - Kumpulan Perdana
Tempat Kedua : Surau wanita (aras bawah) -Kumpulan Inspira
Tempat ketiga : Pantry (aras bawah) -Kumpulan Inspira
Kumpulan terbaik
Dimenangi oleh Kumpulan Inspira
Ketua Kumpulan: Puan Suzana
Pasti ada yang tertanya2 kenapa kumpulan Inspira menang? Jawapannya ada pada perkataan 5S itu sendiri iaitu
a. Seiri (Sisih) -mereka telah berjaya menyisihkan semua perkara-perkara yang tidak diperlukan di ruang kerja mereka.
b. Seiton (susun) -selepas mengenalpasti barang-barang yang diperlukan, mereka telah menyusunnya dengan kemas dan teratur. Label-label dilekatkan dengan jelas dan menunjukkan tempat barang-barang diletakkan bagi memudahkan pencarian
c.Seiso (sapu) - mereka telah menyapu semua kotoran dan sampah yang ada di kawasan mereka
d.Seiketsu (seragam) -Komputer diletakkan sebaris dengan semua ahli kumpulan yang lain. Barang-barang dipantry dan surau telah disusun dengan kemas dan cantik. Label adalah seragam. Seragam dari segi warna.
Bonus: Kesungguhan dan daya usaha semua ahli kumpulan dapat dilihat dengan jelas melalui perbezaan gambar sebelum dan selepas yang dipaparkan. Hampir kesemua kawasan yang dipertanggungjawabkan di bawah Kumpulan Inspira berubah menjadi kawasan yang sedap mata memandang selepas program 5S ini. Tahniah sekali lagi. Keep up the good work.
Kami juga berbesar hati kerana YAA Dato' Abdull Hamid sudi menyampaikan hadiah kepada semua pemenang.
Kepada semua pemenang, saya ucapkan tahniah. Yang penting adalah untuk mengekalkan perubahan ini iaitu S yang ke-5 -Shitsuke
Shitsuke adalah : sentiasa amal. Jadikan kebersihan budaya hidup kita.
Di bawah ini adalah gambar sewaktu hari perasmian program 5S.
Ucapan Alu-aluan pembuka majlis
YA Dato Zainal memotong riben tanda merasmikan program 5S
Hakim-hakim menyaksikan Sudut 5S
Kepada kumpulan-kumpulan lain yang tidak berjaya, jangan berputus asa. Tingkatkan usaha. Jadikan kemenangan kumpulan Isnpira sebagai satu cabaran untuk kita memperbaiki apa yang kurang. Kuatkan ikatan dan hubungan antara ahli kumpulan dan pastikan setiap ahli kumpulan bekerjasama untuk menjayakan program 5S ini. Ini adalah kerana pertandingan dan penilaian 5S akan diadakan 3 kali dalam 1 tahun iaitu pada bulan April, Ogos dan Disember.
Di bawah ini pula adalah gambar sewaktu penyampaian hadiah-15 April, 2011
Pemenang tempat ke-3 kategori Best Place-Pantry
Pemenang tempat Ke-2 Best Place -surau wanita
Pemenang Workstation terbaik
Ketua Kumpulan Inspira menerima hadiah kemenangan
Banyaknye hadiah...
Kawasan workstation Kumpulan Inspira
Workstation terbaik
Hamper yang dimenangi oleh Kumpulan Inspira
Kawasan kumpulan Inspira
Pemenang Best Place-Kumpulan Perdana
Best Place-Lobby Utama
Sudut 5S-tempat semua kumpulan memaparkan aktiviti kumpulan
Pemenang Best Place-tempat ketiga (Pantry)
Pantry
Sudut 5S-memaparkan maklumat mengenai 5S
Surau wanita-Pemenang tempat ke-2
Surau wanita
Surau wanita
Antara kakitangan yang hadir sewaktu majlis penyampaian hadiah
Subscribe to:
Posts (Atom)