Who's birthday is in April 2012

Pegawai dan kakitangan yang menyambut Hari Jadi dalam bulan April 2012 adalah:


Shaarman Shah bin Musthafa (06/04/1981)
Amir Hamzah bin Yahaya (10/4/1985)
Nor Elisa Binti Rossdi (11/4/1982)
Raja Noor Aliza binti Raja Ayob Maidin (16/04/76)
Suhaida binti Mohd Nadzari (22/04/76)
Nor Aziah binti Hassan (23/04/68)
Pn. Najwa Binti Che Mat (27/04/74)


Happy Birthday...semoga berbahagia selalu, panjang umur, dan dimurahkan rezeki.....







Tuesday, 13 December 2011

Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA)

Oleh kerana saya berkemungkinan besar tidak dapat hadir di taklimat yang akan di adakan di Mahkamah Syariah pada 17 Disember ini, maka saya pun mengambil inisiatif untukmendengar taklimat yang telah diberi oleh Dato' Hj. Omar Hj. Osman, Presiden Cuepacs (please google the lecture and watch the recorded lecture, if you want), dan rumusan yang saya dapat adalah : (please correct me if I am wrong):

1. Hayat Umur

Yang membuat opsyen 60 tahun mestilah memastikan anda masih mempunyai pendengaran yang baik,  
mata yang masih tajam (sharp), pemikiran yang kreatif, daya tahan yang kuat (stay fit), keterampilan yang baik (smart), tidak terlalu stress.

*jadi kita sendiri tak tahu samada ada kita mempunyai kriteria begitu di usia 60 tahun.
* walau bagaimana pun, jika sudah tandatangan opsyen 60 tahun tetapi hendak bersara pada usia 56 tahun  atau 58 tahun adalah tidak menjadi kesalahan dan pembayaran pencen akan dibayar mengikut tahun bersara itu (maknanya bukanlah kalau tandatangan opsyen 60 tahun tapi bersara di usia 56 tahun pembayaran pencen dibayar pada masa anda 60 tahun; pembayarannya akan dibayar pada tahun persaraan).
* jadi pada saya tidak rugi untuk menandatangani opsyen 60 tahun ini.

2. PROSPEK

Sistem yang menggantikan pemansuhan PTK.  Telah dikaji oleh pelbagai pihak bahawa PTK banyak masalah. Terjadi calon menghadiri banyak kursus dan menghadiri banyak peperiksaan tetapi tidak dapat meningkatkan produktiviti atau gred masing-masing.

Prospek dapat menentukan kompentensi dengan lebih adil. Gred Lantikan dan Gred Kenaikan Pangkat di nilai berlainan.

Gred Lantikan : (bagi penjawat yang berkhidmat 5 tahun kebawah) : akan menghadiri kursus-kursus seperti kursus management, leadership dan lain-lain.

Gred Kenaikan Pangkat : Apabila sesuatu pangkat itu diwujudkan, calon dipilih berdasarkan prestasi, seniority, sumbangan kepada jabatan, sahsiah yang baik dan kelayakan yang tinggi akan menghadiri kursus kenaikan pangkat tanpa temuduga, tawaran pangkat secara terus.

Penilaian Prestasi pula (SKT) : PPP (Pegawai Penilai Pertama) anda adalah penyelia yang beri tugasan kepada anda, kerana beliau tahu samada kerja yang anda lakukan adalah memuaskan atau tidak. 

Markah 70 ke atas sudah cukup untuk kenaikan pangkat (Mengikut video taklimat, Dato Hj. Omar berkata masih dalam perbincangan dengan JPA mengenai sistem permarkahan ini, akan diumumkan dalam masa terdekat)

3. Gred dan Tangga Gaji

Rombakan Gred secara menyeluruh.  SBPA fokus pada gaji (kenaikan antara RM80-320). Sila rujuk http://www.jpa.gov.my/, click pada Umum dan click pada Pemindahan Gred untuk maklumat lanjut. Secara ringkas adalah seperti berikut :

Gred N5-1 (SSM - N11) 850 - 2390 kgt 80
Gred N4-1 (SSM - N17) 955 - 2780 kgt 95
Gred N4-3 (SSM - N22) 1920-3530 kgt 115
Gred N3-1 (SSM - N27) 1410-4185 kgt 145
Gred N3-4 (SSM - N36) 3035-5555 kgt 180


Itu saja maklumat yang dapat saya rumuskan dari video taklimat SBPA itu. Kalau ada kesilapan atau kekurangan adalah dari saya dan yang baik sudah tentu datang dari Allah.

Sepintas kata-kata dari saya kepada rakan sekerja :

Bersyukurlah kita tentang kenaikan gred dan gaji ini.  Kalau dah naik gaji sudah tentu tugasan harian pun makin bertambah berbaloi dengan gaji yang diberi, jadi sama-samalah kita lakukan yang terbaik dan menjadi lebih proaktif dan produktif disamping sentiasa berfikiran positif. Multi-tasking adalah satu cabaran buat penjawat awam yang akan menjadi kan kita berjiwa kental dan mantap. Berdasarkan pengalaman saya di syarikat swasta dahulu, multi-tasks ini memberi saya pengalaman yang baik dan ilmu yang lebih bermanfaat. Jangan lupa jaga kesihatan kerana "if you stay fit, you can always work smart".


-Raja Liza-
Rakan-Rakan Taulan,

Perkara-Perkara baru yang akan terjadi di Mahkamah Tinggi Ipoh :

1.  Mesyuarat Tahunan Kelab Kebajikan
* Akan di adakan pada 16.12.2011 ini. Selamat mengundi orang-orang yang anda rasa layak menjadi pucuk pimpinan Kelab Kebajikan MTI.  Jangan lupa beli sticker mulai 19hb Disember ini untuk ditampal dikenderaan masing-masing yer..

2. Taklimat Sistem Saraan Gaji Baru
* Akan di adakan pada 17.12.2011 (hari Sabtu) ini.  Mengikut perbualan telefon saya dengan Mahkamah Sesyen, ia akan diadakan di Dewan Mahkamah Syariah Ipoh (mungkin akan berubah tempat, dan akan diumumkan kemudian).

-RL-

Monday, 5 December 2011

Pot Luck

Pada 2 Disember 2011, telah diadakan satu jamuan pot-luck buat Puan Rakiah pada hari terakhir beliau berkhidmat di Mahkamah Tinggi Ipoh.  Terima kasih di atas sumbangan makanan yang dibawa...sedap-sedap semuanya..

Terima kasih juga kepada yang hadir yang memeriahkan lagi jamuan tersebut, kepada yang tak hadir, lain kali orang jemput datanglah..tak bawak makanan pun tak apa..jamuan sebegini adalah untuk seronok-seronok dan mengeratkan lagi siratulrahim di kalangan kita...










Semoga Puan Rakiah memanfaatkan hari persaraan, katanya nak pegi spa dan facial selalu...jangan lupa ajak kitaorang yerk...

-RL-