Who's birthday is in April 2012

Pegawai dan kakitangan yang menyambut Hari Jadi dalam bulan April 2012 adalah:


Shaarman Shah bin Musthafa (06/04/1981)
Amir Hamzah bin Yahaya (10/4/1985)
Nor Elisa Binti Rossdi (11/4/1982)
Raja Noor Aliza binti Raja Ayob Maidin (16/04/76)
Suhaida binti Mohd Nadzari (22/04/76)
Nor Aziah binti Hassan (23/04/68)
Pn. Najwa Binti Che Mat (27/04/74)


Happy Birthday...semoga berbahagia selalu, panjang umur, dan dimurahkan rezeki.....







Wednesday, 18 May 2011

LAWATAN KETUA HAKIM, HAKIM DAN PEGAWAI KEHAKIMAN DARI SURATTHANI, THAILAND


Pada 16 Mei, 2011 jam 2.00 petang, kami telah berbesar hati menerima satu rombongan pegawai kehakiman dari Suratthani, Thailand. Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk mengetahui serba sedikit mengenai sistem kerja di MT Ipoh. Rombongan tersebut terdiri daripada  22 orang pegawai iaitu -  1 orang Ketua Hakim, 5 orang Hakim dan 12 orang pegawai. Kesemua tetamu telah dibawa melawat kawasan pendaftaran MT Ipoh dan diberi penerangan mengenai sistem kerja yang digunapakai di sini. Selepas jamuan petang, majlis bersurai dan rombongan pulang lebih kurang pukul 4.00 petang.

Tuesday, 10 May 2011

Untuk renungan bersama

Bernama
5/5/2011
PUTRAJAYA, 4 Mei (Bernama) -- Seramai 8,196 penjawat awam tidak hadir bertugas tanpa cuti, tanpa kebenaran atau tanpa sebab munasabah sepanjang dua tahun lepas, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Beliau berkata secara purata bagi tempoh itu, kes ketidahadiran bertugas adalah kira-kira 40 peratus daripada kesalahan tatatertib yang dikenakan hukuman lucut hak emolumen, buang kerja, denda dan amaran.

Pada tahun lepas, jumlah kes yang direkodkan ialah 4,777 kes, iaitu 1,971 kes bagi tidak hadir bertugas (41.3 peratus) manakala kes kesalahan lain pula sebanyak 2,806 kes (58.7 peratus), katanya kepada pemberita selepas melancarkan buku terbitan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bertajuk 'Kerusi Bersawang-Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib Tidak Hadir Bertugas, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini.

Menurutnya sebanyak 3,419 kes difailkan pada 2009 yang dikategorikan dalam "Kerusi Bersawang" iaitu 1,078 kes tidak hadir bertugas dan 2,341 kes bagi kesalahan lain.

Sementara itu, Nazri berkata buku itu akan menjadi panduan umum kepada jabatan dan agensi dalam menguruskan kes-kes ketidakhadiran bertugas terutamanya dalam memutuskan hukuman yang sesuai berdasarkan bilangan hari pegawai tidak hadir bertugas.

-- BERNAMA

P/S: Diharapkan perkara ini tidak terjadi kepada pegawai dan kakitangan di sini. Bekerjalah dengan jujur dan ikhlas. Sentiasa bersyukur dengan apa yang telah dianugerahkan oleh ALLAH (s.w.t) kepada kita. Pekerjaan ini juga adalah satu anugerah kerana bukan semua orang berjaya mempunyai pekerjaan tetap seperti kita. Oleh itu, jagalah dengan baik apa yang telah ada di dalam genggaman kita. Saya teringat semasa saya menjadi salah seorang panel untuk temuduga bagi jawatan Pembantu Tadbir. Semua calon yang datang merayu agar diberikan pekerjaan ini kerana mereka mahu bekerja dengan kerajaan atas alasan ia menjamin masa depan mereka. Jadi fikir-fikirkanlah....jangan terlalu selesa dengan apa yang kita telah ada sekarang sehingga kita terlupa dan mengabaikan tanggungjawab dan amanah yang diberikan kepada kita. Sesekali marilah kita muhasabah diri, renung2kan apa yang telah kita lakukan sebelum ini...dan bertanya pada diri sendiri apakah apa yang kita telah lakukan itu adalah baik atau buruk? Jika kita telah banyak melakukan yang salah dari yang baik......rasanya ini adalah masa yang paling baik untuk berubah. Kerana jika masih ditangguh-tangguh, kita bimbang sekiranya hari ini adalah hari terakhir kita bernafas di dunia ini......renung-renungkanlah,
Bernama
8/5/2011

KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri menyeru supaya golongan pekerja di negara ini sentiasa mempertingkatkan kemahiran, ilmu pengetahuan dan produktiviti kerja mereka seiring dengan matlamat kerajaan mentransformasikan negara menjadi sebuah negara ekonomi maju berpendapatan tinggi.

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata inisiatif kerajaan melalui 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) juga dijangka mewujudkan lebih 3.3 juta peluang pekerjaan menjelang tahun 2020, di mana 60 peratus daripadanya merupakan pekerjaan berpendapatan sederhana dan tinggi.

Justeru beliau berkata, warga pekerja hendaklah meningkatkan kebolehpasaran mereka dalam pasaran kerja yang semakin dinamik dan kompetitif dengan menyemaikan prinsip kreativiti dan inovasi sebagai sebahagian daripada amalan kerja mereka.

Sehubungan ini beliau berkata peluang-peluang pekerjaan yang diwujudkan juga perlu disokong dengan aktiviti penyelidikan dan pembangunan, inovasi dan latihan teknikal berkemahiran tinggi.

"Dalam usaha kerajaan untuk merealisasikan konsep pekerjaan berpendapatan tinggi, negara perlu berubah daripada aktiviti ekonomi yang bernilai tambah rendah kepada aktiviti yang bernilai tambah tinggi," katanya pada perhimpunan sambutan Hari Pekerja 2011 di sini, Sabtu.

Katanya, dalam usaha itu, kerajaan juga telah merangka program dan strategi bagi meningkatkan kapasiti tenaga kerja mahir yang kini 28 peratus kepada 33 peratus menjelang 2015 dan 50 peratus menjelang 2020.

Muhyiddin juga menekankan kepentingan melahirkan modal insan yang berpengetahuan tinggi, berkualiti dan bertaraf dunia sebagai keperluan dalam usaha Malaysia untuk meneroka sumber pertumbuhan ekonomi baru yang berasaskan teknologi tinggi seperti dalam bidang bioteknologi, nanoteknologi dan teknologi laser.

Katanya dalam konteks ini, institusi pendidikan dan latihan wajar melakukan penambahbaikan secara kreatif dan inovatif ke atas sistem penyampaian pendidikan dan latihan untuk membolehkan negara mengeluarkan lebih ramai tenaga kerja yang bukan sahaja mahir malah berdaya inovatif dan kompetitif.

"Selain daripada institusi-institusi pendidikan dan latihan, pihak majikan dan warga pekerja sendiri juga perlu memainkan peranan yang lebih aktif dalam menjayakan program pembangunan modal insan ini," katanya.

Sementara itu, timbalan perdana menteri juga berkata kerajaan amat menghargai perhubungan "tripartisma" antara pekerja, majikan dan kerajaan yang mantap dan berterusan antara pihak pekerja, majikan dan kerajaan bagi memastikan segala usaha pembangunan negara dapat berjalan dengan lancar.

Katanya, hubungan "tripartisma" yang harmoni dan saling melengkapi antara satu sama lain ini akan memberi manfaat kepada semua pihak.

Sambutan tahun ini yang bertemakan "Pekerja Merealisasikan Transformasi Negara" disertai hampir 12,000 peserta daripada 200 kontijen yang mewakili pelbagai organisasi kerajaan dan swasta.

Turut hadir Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S. Subramaniam, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan, Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Datuk Omar Osman, Timbalan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Mohd Jaafar Abdul Majid dan Presiden Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia Datuk Azman Shah Haron.

-- BERNAMA

CUEPACS HARAP PELARASAN GAJI DISEGERAKAN

10 Mei 2011

Utusan Malaysia
9/5/2011
KOTA BHARU 8 Mei – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berharap kerajaan dapat mempercepatkan pelarasan gaji 1.4 juta kakitangan awam di negara ini.
Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, permohonan untuk pelarasan gaji itu telah dibuat dua tahun lalu bagi mengurangkan beban ahlinya ekoran kenaikan harga barang.
Beliau bagaimanapun berkata, pihaknya tidak bermaksud mendesak kerajaan untuk berbuat demikian kerana memahami kedudukan kewangan negara dan sedar ia akan turut memberikan kesan kepada pekerja swasta.
“Kita sedar kenaikan harga barang adalah di luar kawalan dan kalau gaji kakitangan awam naik, kita bimbang ada golongan akan turut menaikkan harga barang dan bagaimana pula dengan bukan kakitangan awam,” ujarnya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian Seminar Peranan Penjawat Awam Dalam Transformasi Nasional dan Bengkel Sistem Alternatif PTK oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin di sini hari ini.
Omar diminta mengulas mengenai khabar angin bahawa kakitangan awam akan menerima pelarasan gaji dalam masa terdekat.
Beliau berkata, langkah itu juga untuk mengurangkan jumlah kakitangan awam yang bekerja sambilan kerana rekod menunjukkan kira-kira 20 peratus daripada 730,000 kakitangan awam kelas sederhana melakukan kerja sambilan.
Katanya, CUEPACS tidak mahu kakitangan awam mengutamakan kerja sambilan sehingga menjejaskan produktiviti tugas hakiki mereka.
Sementara itu, beliau berkata, pihaknya dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam proses terakhir untuk menyiapkan sistem penilaian baru bagi menggantikan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK).
“Kira-kira 90 peratus sistem penilaian baru itu telah siap dan kita akan berbincang buat kali terakhir dengan JPA Selasa ini bagi melengkapkan sistem penilaian baru itu,” katanya.